BP

IDEAL

Kehidupan yang ideal sering dikaitkan dengan kegembiraan, kebahagiaan, kejayaan dan penghargaan, kebebasan, kesihatan dan mungkin kekayaan material.  Bangun pagi, tersenyum riang, keluar bekerja dengan bersemangat dan pulang pada sore sambil menatap wajah kesayangan dengan bahagia. Tiada konflik di mana-mana, tidak pernah kesal kerana tidak pernah gagal mahupun melakukan kesilapan, sentiasa bersemangat, kejayaan datang berganti-ganti dan wang pula mencurah-curah.

Pendek kata, kehidupan yang PERFECT. TIP TOP.

Tetapi, akan adakah kehidupan yang begitu? Tepuk dada tanya akal. Read More →

trade-off-2

THERE IS NO SUCH FREE LUNCH

Kerangka pemikiran Ekonomi antara lain ialah menerapkan pemahaman tentang “there is no such free lunch” atau dalam pengertian mudahnya – setiap sesuatu apapun pilihan yang dibuat, pasti akan ada yang terpaksa dilepaskan.

The saying says – “there will be always trade off in everything”

MAKNANYA?

Sebagai contoh jika seseorang di pejabat menawarkan mahu membelanja kita makan tengahari. Sudah pasti, kelihatannya ia adalah percuma. Namun, dari kacamata Ekonomi, ia sama sekali tidak percuma. Kenapa? Kerana kita tetap terpaksa melepaskan alternatif kedua terbaik (selain keluar makan tengahari) yang boleh saja kita lakukan contohnya membaca majalah atau tidur qailulah. Read More →

SCARCITY

Gambar: kredit google

KERANGKA PANDANGAN ISLAM BERHUBUNG KETIDAKCUKUPAN “SCARCITY”

PENGENALAN
Ketidakcukupan atau scarcity diterima umum sebagai konsep teras dalam ekonomi konvensional. Kefahaman ini mencadangkan bahawa ketidakcukupan berpunca daripada dua perkara iaitu sumber yang terhad dan kehendak yang tidak terhad. Pandangan ilmuwan ekonomi Islam adalah terbagi antara yang menyokong konsep ini dan sebahagian yang lain pula adalah sebaliknya.  Read More →

Gambar: kredit google

KEBIASAAN

Biasanya, saya suka blogwalking ke sini membinalegasi.com. Selang dua atau tiga hari, saya memotivasi diri dari entry yang ditulis. Salah satunya tentang long term success, short term acheivement.

SAYA BUKAN SIAPA-SIAPA

Saya bukan orang yang terbaik dalam memotivasikan orang lain. Namun, saya sentiasa mencuba mempositifkan diri dengan “berkawan” dengan mereka yang positif sekalipun hanya melalui tulisan mereka.

Menerusi pendekatan long term success, short term achievement, ia membuka minda saya tentang peribadi seorang Muslim yang baik untuk dicontohi. Read More →

infaq palestine

Salam 4 Ramadhan 1426 Hijriah.

Bulan Ramadhan adalah bulan bonus. Bulan yang menjadi medan membentuk diri menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bulan ini bulan hadiah dari Allah, yang mana dimudahkan setiap jalan menuju Dia bila mana syaitan dibelenggu. Yang tinggal untuk diperangi hanya nafsu. Itu pun sudah di lemahkan dengan mengekang makan. Bahkan, di bulan ini Allah memotivasi setiap hambaNya dengan pahala yang berganda-ganda. Itulah indahnya Ramadhan. Sehingga dikurniakan di hujungnya sebuah perayaan. 1 Syawwal adalah perayaan tanda kegembiraan sebuah perjuangan mengembalikan diri kepadaNya. Ya. Sebelum kembali yang sebenar-benarnya. Read More →

ELASTICITY

Gambar: kredit google

1. What is Elasticity?

Elasticity can be understood as responsiveness. Meaning to say, an elastic consumer is responsive to the change in price. The other way around, an inelastic consumer less responsive to the change in price. 

2. Is the idea of elasticity helps us to understand the truth? 

The answer is probably yes and probably no, depending on the framework you might utilize. Let me put it this way, conventional economics might clarify a downward sloping demand curve for liquor representing an elastic demand for it. Yet, in Islamic economics, the demand curve for liquor is vertical and lies exactly on y-axis, representing a perfectly inelastic demand for it, regardless the change in its price i.e. the demand for it is always equal to zero.  Read More →

SIKAP
Saya akui saya bukanlah seorang yang benar-benar menjaga masa. Antara masalah besar diri saya adalah saya seorang yang suka procastinate atau bertangguh. Sedangkan cerdik pandai mengatakan “bertangguh itu pencuri masa”. Tepat sekali. Dan seperkara lagi tentang saya ialah saya tidak bersungguh mengutamakan apa yang utama. Dalam bahasa yang mudah, saya tidak mengamalkan pengurusan masa yang bijak. Read More →

be_positive-01

KELIRU 

“Sayang ada nak hadiah sesuatu kat Aki (baca: Ayah) ke?” suami saya menyoal. “Takde” saya menjawab sepatah. Saya belum mengesan kelainan. “Nak hadiah ke Long atau Ngah?” suami saya menyoal terus. “Eh..takde..kenapa Abang?” saya tidak dapat menyorok rasa pelik. “Takde apa-apa. Cuma….abang terjumpa tali pinggang Hermes dalam bakul baju. Siapa punya?” suami saya berkata-kata sambil buat-buat sibuk membelek telefonnya. Aha..nak cover cemburu lah tu!  Read More →

Bismillahirrahmaanirrahim,

This article was jointly written by Hafas Furqani from ISRA and Mohamed Aslam Haneef from IIUM. It was published in Humanomics (2012).

This article analyses the need to rethink on the criteria one should be looking into when developing a theory in Islamic economics. The authors suggest the main two criteria i.e. the integral-unity and relational unity are required criteria to test for the soundness of a theory. Read More →

Saeeda Collections

Bersempena tajuk entri kali ini, ingin saya kongsikan sedikit cerita tentang diri saya dan busana Muslimah. Saya pada asalnya seorang wanita biasa yang sangat simple. Sewaktu degree dahulu koleksi baju saya sangat sedikit, dalam seminggu bukanlah asing bagi saya mengenakan pakaian yang sama saya lebih dari sekali. Asalkan ia bersih dan selesa. Lazimnya, saya menunggu sahaja hari raya untuk merasa baju baru yang ditaja oleh kakak-kakak dan abang-abang. Untuk membeli sendiri, sungguh saya janggal. Read More →

Bismillahirrahmaanirrahim,

This article was written by Mabid Ali Al-Jarhi (Director of IRTI, IDB). He is from Fayyoum, Egypt. His article was published in JKAU (2013).

Like many other articles on Islamic Economics that easily-catch-my-eyes, it applies to this article too. It took me twice to read and comprehend it well. In general, this article is technically a good start especially for those who are looking for some quick ideas on what is happening right now in Islamic Economics. Read More →

Benar, kami belum ada anak perempuan.

Anugerah Allah kepada kami adalah tiga orang putera yang sangat menghibur dan membahagiakan. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Namun, entry saya tiada udang di sebalik mee. Hanya perkongsian jujur tentang pengalaman membesar dan mendidik putera-putera kami ini. In syaAllah, mohon direzkikan Allah menambah pengalaman membesar dan mendidik si puteri pula. Ameen.

SEMBANG PETANG
“Mama nak tahu tips didik anak lelaki?” suami saya bertanya saya. Mungkin kerana petang itu, saya dilihatnya agak stress dan marah-marah pada hero-hero kami. Lazimnya, sebab mereka bergaduh sesama mereka. Astaghfirullah. Mudah benar saya marah-marah terutama bila keletihan. Saya mengangguk. Read More →